Bayi lapan bulan maut disyaki didera, ibu ditahan
IPOH, 26 Julai – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di bahagian badan, dalam kejadian di Sungai Siput dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata polis menerima maklumat berkaitan kematian bayi itu kira-kira 7.15 pagi.
“Bayi itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput. Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan akibat objek tumpul,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khaizam berkata susulan kejadian itu, polis menahan reman ibu mangsa berumur lingkungan 30-an selama tujuh hari hingga 1 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
DUA BAZAR AIDILFITRI, SEMBILAN PASAR RAMADAN DI ALOR GAJAH DAN MASJID TANAH
DUYONG 21 Januari - Sebanyak 11 lokasi bazar Aidilfitri dan pasar Ramadan yang bakal dianjurkan di kawasan Alor Gajah dan...
ORANG JASIN KUMPUL LEBIH 3,000 KILOGRAM BARANG TERPAKAI
JASIN 21 Januari - Sebanyak 3,197 kilogram (kg) barang kitar semula berjaya dikumpul menerusi Program 'Asal Barang Jadi Duit' sempena...
EMPAT CEDERA DALAM KEMALANGAN TIGA KERETA LANGGAR TAYAR LORI TERCABUT DI SITIAWAN
IPOH, 21 Jan - Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45...
PERKASA TUISYEN RAKYAT UNTUK PELAJAR DUN REMBIA
REMBIA 21 Januari - Pelaksanaan Tuisyen Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia diteruskan bagi membantu kecemerlangan pelajar yang...
BOT PENUMPANG LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN
PANTAI KUNDOR 21 Januari - Sebuah bot penumpang yang membawa orang memancing ditahan kerana melanggar syarat sah lesen di perairan...
W.R.U.R BERI PELUANG MPAG SANTUNI MASYARAKAT
ALOR GAJAH 21 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) adalah komitmen Kerajaan Negeri mensejahterakan rakyat melalui aktiviti turun...