Bayi 9 Disember dapat RM150
AYER KEROH 9 Dis. – Bayi yang lahir di Melaka hari ini (9 Disember) bakal menerima penghargaan istimewa daripada Kerajaan Negeri Melaka.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali ketika membacakan pembentangan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, sebentar tadi.
Menurutnya, pemberian khas itu diberikan dalam bentuk pembiayaan khas berjumlah RM150 yang akan disalurkan melalui akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
“Kepada ibu-ibu yang melahirkan bayi comel pada hari ini, bermula dari jam 12.00 tengah malam tadi sampai pukul 11.59 tengah malam ini di Negeri Melaka, anak anda memang bertuah, kerana dipilih untuk menerima pemberian khas daripada Kerajaan Melaka berjumlah RM150.
“Yang lahir hari ini sahaja dapat RM150. Kita akan salurkan melalui pembukaan Akaun SSPN-i,” katanya dalam pembentangan tersebut.
Selain itu, beliau turut memberi bayangan bayi-bayi yang dilahirkan pada hari lain akan turut menerima penghargaan namun, ia akan diumumkan sebentar lagi.
Views:
Related
Berita Lain
RM134 JUTA BAYARAN ZAKAT DIAGIHKAN KEPADA ASNAF MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 Disember - Kepedulian umat Islam melunaskan tanggungjawab membayar zakat memberi satu sinar baharu kepada golongan asnaf di...
MELAKA PERLUAS KEMPEN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT
BANDARAYA MELAKA 24 Disember - Skim Potongan Gaji Zakat akan terus diperluaskan di Melaka bagi memudahkan pekerja beragama Islam melunaskan...
TRAGEDI KM204: 7 DISAHKAN MAUT, IDENTITI SEBAHAGIAN MANGSA DIKENAL PASTI
ALOR GAJAH 24 Disember - Seramai tujuh mangsa disahkan terkorban dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 204, Lebuhraya...
SEKURANG-KURANGNYA 6 MAUT DALAM KEMALANGAN DI KILOMETER 204
ALOR GAJAH 23 Disember - Sekurang-kurangnya enam maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran, treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV)...
12 KES TUNTUTAN LIBATKAN KONTRAKTOR RUMAH BABITKAN NILAI LEBIH RM200,000
MELAKA 23 Disember - Sebanyak 12 kes melibatkan kontraktor rumah direkodkan membabitkan nilai tuntutan berjumlah RM237,794 bagi tempoh 1 Jan...
MPHTJ HARGAI 130 AGENSI KERAJAAN, SWASTA, NGO DAN MEDIA
BANDARAYA MELAKA 23 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menghargai 130 agensi kerajaan, swasta, NGO, pemimpin kawasan dan...