
Bayi 11 bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
KUALA LUMPUR, 10 Mei – Bayi lelaki berusia 11 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri ketika dalam jagaan di rumah pengasuhnya di Kajang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata bayi lelaki tersebut dibawa ibu mangsa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.
Menurutnya, hasil bedah siasat yang dilakukan hari ini mendapati keputusannya adalah pending laboratory analysis (masih menunggu analisa makmal).
“Keterangan daripada pengasuh telah pun diambil dan setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Mohd Zaid berkata orang ramai yang ada maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Insp Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...