
Bayar cukai taksiran, elak harta disita – MPJ
JASIN 2 Julai – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menasihatkan semua pemilik premis di kawasan pentadbirannya agar segera membayar tunggakan cukai taksiran bagi mengelakkan harta disita.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, MPJ menerusi Unit Hasil Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) sedang giat melakukan Operasi Serahan Notis E (Cukai Taksiran).
“MPJ sedang melaksanakan operasi ini bagi menyerahkan notis cukai taksiran kepada pemilik yang mempunyai tunggakan cukai itu.
“Bayaran hendaklah diselesaikan dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis dipos atau diserahkan selaras dengan keperluan (Seksyen 147, Akta Kerajaan Tempatan 1976) (Akta 171).
“Jika gagal berbuat demikian pihak majlis boleh menyita apa-apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungjawab membayarnya,” katanya.
Menurut MPJ, pemegang atau pemilik premis perlu membayar cukai taksiran setiap penggal atau tahunan bagi mengelakkan tindakan undang-undang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...
ORANG ASLI TEBONG STESYEN, KUBANG BADAK BAGAIKAN ‘KELUARGA’ KETIKA AIDILFITRI
MACHAP JAYA 2 April - Tradisi ziarah menziarahi di perkampungan Orang Asli Kubang Badak dan Kampung Orang Asli Tebong Stesyen...
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...