
‘Bayar cukai, elak harta disita’
JASIN 1 Julai – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menasihatkan semua pemilik premis dalam pentadbirannya agar segera membayar tunggakan cukai taksiran bagi mengelakkan harta disita.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, MPJ menerusi Unit Hasil Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta (JPPH) MPJ sedang giat melakukan Operasi Serahan Notis E (Cukai Taksiran).
“MPJ sedang melaksanakan operasi ini bagi menyerahkan notis cukai taksiran kepada pemilik yang mempunyai tunggakan cukai itu.
“Bayaran hendaklah diselesaikan dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis dipos atau diserahkan selaras dengan keperluan (Seksyen 147, Akta Kerajaan Tempatan 1976) (Akta 171).
“Jika gagal berbuat demikian pihak majlis boleh menyita apa-apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungjawab membayarnya,” katanya.
Tambah kenyataan itu, pemegang atau pemilik premis perlu membayar cukai taksiran setiap penggal atau tahunan bagi mengelakkan tindakan undang-undang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...