
BAUCAR BAJU RAYA UNTUK INSAN MEMERLUKAN
MASJID TANAH 23 Mac – Japerun Ayer Limau menyumbang baucar baju raya bernilai RM150 kepada 200 golongan memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata ia merupakan salah satu inisiatif dari pihaknya bagi meringankan beban golongan yang memerlukan menjelang Syawal.
“Saya amat menitikberatkan hal kebajikan membabitkan golongan memerlukan, betapa mereka hadapi kesulitan untuk membeli barangan persiapan Aidilfitri terutamanya baju raya.
“Apapun saya berharap dengan sumbangan ini, setiap mereka dapat menyambut perayaan Aidilfitri dengan penuh keceriaan,” katanya.
Beliau yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri ditemui pada Program Jom Shopping Raya DUN Ayer Limau, di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.
Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang menyantuni penerima sumbangan.
Hadir sama, Adun Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin dan pemimpin masyarakat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...