
Bau wangian gaharu boleh tenangkan jiwa
ASAHAN 15 Julai – Bau wangian yang dihasilkan pati minyak gaharu mempunyai pelbagai kelebihan, antaranya mampu menenangkan jiwa si pemakai.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, faktor itu membuatkan produk ini mendapat permintaan tinggi di negara Timur Tengah (Asia Barat) terutama untuk dijadikan minyak wangi.
“Saya sendiri paling suka bau gaharu kerana baunya menenangkan jiwa. Selain itu, gaharu yang dijadikan minyak wangi juga berfungsi sebagai makanan bagi otak.
“Ia (gaharu) memang sudah menjadi amalan di Timur Tengah, tetapi di negara ini, ada di kalangan orang kita yang tidak menyukai bau tersebut. Sebab itu kita nak beritahu orang ramai tentang kelebihan gaharu ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Ladang Pokok Karas di Empangan Jus, di sini, pagi tadi.
Menurut beliau, gaharu yang dihasilkan dari pokok karas kini menjadi antara komiditi penting negara memandangkan harganya yang tinggi di pasaran antarabangsa.
Ujarnya, selain menghasilkan gaharu, pokok karas yang diusahakan juga boleh ditransformasikan menjadi arang dan serbuk kayu yang boleh dipasarkan di dalam negara.
Views:
Related


Berita Lain
4.8 TAN MAKANAN DISELAMATKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Mac - Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan menerusi program MySave Food (MSF) menunjukkan impak positif dengan lebih 4.8...
BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan...
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...
MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
MACHAP JAYA 15 Mac - Isu penyalahgunaan media sosial seperti membuat hantaran jelik berkaitan isu 3R (Race, Religion dan Royalty)...