Bas penyayang percuma di semua laluan – KM

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 11 Mac – Kerajaan negeri menyediakan bas percuma ‘bas penyayang’ di kesemua laluan di negeri ini khusus bagi golongan memerlukan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia melibatkan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Orang Kurang Upaya (OKU) dan asnaf.

“Peruntukan sebanyak RM986,000 disediakan untuk menyediakan perkhidmatan bas percma ini, selain itu sebanyak 17,480 kad telah diedarkan kepada kumpulan sasar tersebut.

“Daripada jumlah itu sebanyak 4,490 kad diedarkan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan sebanyak 12,990 lagi kad diedarkan oleh JKM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pencapaian 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Dan Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) versi 2 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, barisan EXCO kerajaan negeri dan lain-lain kenamaan.

Ujarnya, setakat ini sebanyak 24 bas baharu bagi perkhidmatan bas henti-henti telah beroperasi sepenuhnya.

“Penyediaan bas-bas baharu di bawah pentadbiran kerajaan negeri ini sekali gus memberi kemudahan dan manfaat kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1022
Kongsi :
Previous post Sektor pertanian meningkat 11.2 peratus
Next post Melaka tawar diskaun saringan COVID-19, kawal harga ‘sanitizer’ dan pelitup muka
Ubah saiz-+=