
Barangan keperluan murah di DUN Rim setiap minggu
RIM 26 Oktober – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar akan memastikan jualan barangan keperluan murah dilaksankan pada setiap minggu di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Menurut beliau, inisiatif menerusi Jualan Murah Keluarga Malaysia DUN Rim itu bagi memastikan kelangsungan hidup penduduk terjamin khususnya golongan memerlukan.
“Minggu ini (Sabtu dan Ahad lalu) kita buat di MH Barakah, potongan harga sehingga 20 peratus bagi memastikan penduduk DUN Rim dapat membeli barangan keperluan asas pada harga minima, terima Kasih MH Barakah dan FAMA.
“Biarpun minyak percuma dah habis, tetapi barangan murah saya usahakan dilakukan setiap minggu sejak awal bulan September tahun ini.
“Saya lakukan ini semuanya untuk DUN kesayangan saya, DUN RIM…barangan keperluan asas murah-murah di MH Barakah dijual di Taman Lipat Kajang Perdana, Jasin,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...