Barang tiruan RM600,000 dilupuskan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KRUBONG 22 Februari – Sejumlah hampir RM600,000 barangan rampasan yang dirampas dalam operasi penguatkuasaan dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, kesemua barangan rampasan itu diperoleh menerusi 46 kes daripada pelbagai akta yang berjaya dihasilkan pihaknya dan selesai prosedur mahkamah.

“Untuk tahun lalu kita melupuskan barangan sitaan membabitkn 46 kes dengan nilai RM587,065.73 yang membabitkan pakaian, kasut dan juga cakera padat.

“Manakala untuk hari ini pula, kita melupuskan barangan tiruan membabitkan 4,300 pasang kasut dan selipar yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM85,710 yang selesai tindakan di bawah Akta Cap Dagang 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media dan melakukan pelupusan eksibit di stor eksibit KPDN Melaka, di Krubong, hari ini.

Menurut Norena, sepanjang tahun lalu juga pihaknya berjaya menghasilkan sebanyak 44 kes dengan merampas pelbagai barangan yang didapati melanggar akta dengan nilai lebih RM2 juta.

“16 daripada kes dihasilkan itu adalah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, diikuti tujuh kes dibawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 serta dua kes dibawah Akta Cap Dagang 2019.

“Kesemuanya itu membabitkan nilai rampasan berjumlah RM2,192,954.13 yang direkodkan KPDN Melaka untuk tahun lalu.

“Manakala barang kes yang disita telah dilupuskan dengan kaedah jualan dan dijadikan hasil kerajaan pula bernilai RM8,848.33,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1820
Kongsi :
Previous post Angka kematian akibat gempa bumi kuat di selatan Turkiye meningkat kepada 42, 310
Next post Belia Melaka meh beli rumah
Ubah saiz-+=