
BAPA TIRI, IBU KANDUNG DIDAKWA BUNUH ANAK PEREMPUAN
Pengawal keselamatan Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29, dan suri rumah Norfazira Radzi, 30, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.
Tiada pengakuan direkodkan kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa bersama-sama membunuh Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize di sebuah unit pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang antara 11.51 pagi hingga 3.51 petang pada 17 Ogos.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 16 Okt ini untuk sebutan kes bagi laporan kimia dan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Izariah Zainal manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum ini, Bernama melaporkan penahanan sepasang suami isteri kerana disyaki mendera kanak-kanak perempuan itu ekoran terdapat banyak kesan lebam pada tubuhnya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....