Bapa sumber inspirasi ceburi seni mempertahankan diri

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

DUYONG 30 Oktober – Menjadikan bapa sebagai inspirasi menceburkan diri dalam seni silat sejak usia enam tahun mendorong Muhammad Ammar Ahmad Ridhwan,7, terus menyerlahkan bakatnya.

Biarpun baharu menginjak usia tujuh tahun, namun sokongan dan dorongan seorang bapa tidak pernah mematahkan semangat anak lelakinya terus mempelajari seni itu.

Bapanya, Ahmad Ridhwan Muhammad,30, dari Kemaman Terengganu bersyukur anaknya menunjukkan pencapaian yang membanggakan sehingga hari ini.

“Ketika usianya baharu enam tahun, dia mula menunjukkan minat dalam seni mempertahankan diri kepada saya, apabila persembahkan seni silat dia pasti akan ikut sama.

“Sebagai bapa setiap kali ada pertandingan dia (anak) pasti akan mengikut saya sekali, saya memang sentiasa menggalakkan dia dalam seni ini.

“Malah adiknya yang berusia tiga tahun turut menunjukkan minat ini sedikit demi sedikit,” katanya ketika ditemui pemberita di Perkampungan Hang Tuah, di sini hari ini.

1A93DC03-FEE4-4F93-9402-C0F3299BB426
Adik Muhammad Ammar Ahmad Ridhwan, 7, (kiri) bersama sepupunya Darlene Iris Norman Abdullah, 7, (kanan) membuat persembahan seni silat kuningan pada Festival Persilatan Negeri Melaka 2022 di Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka. Foto: MR. AZLI

Ahmad Ridhwan bagaimanapun merupakan peserta silat dari Pertubuhan Perguruan Seni Silat Kuningan Terengganu.

Ujarnya, ini adalah tahun kedua anaknya dalam seni silat dan sehingga kini anaknya mampu mempersembahkan seni tari, gerakan jurus dan bertempur.

“Saya belajar seni silat kuningan untuk mempertahankan diri, saya belajar silat untuk masuk pertandingan.

“Alhamdulillah tak sangka anak juga menunjukkan pencapaian yang bagus kerana boleh memnuat seni tari, gerakan jurus dan boleh bertempur.

“Ammar (anak) pernah masuk pertandingan semasa pandemik COVID-19 secara dalam talian dan dia mendapat nombor empat waktu itu,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Ammar meluahkan rasa seronok dan gembira dapat mempelajari seni mempertahankan diri itu.

“Silat seronok, saya dapat belajar seni tari gerakan jurus…tidak susah pun belajar silat sebab minat.

“Saya masuk silat sebab nak pertahankan diri, pernah sertai pertandingan dua kali sebelum ini,” katanya yang ingin menjadi seorang guru.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2349
Kongsi :
Previous post Bersatu parti kuat ‘merajuk’ – Ab Rauf
Next post Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurang kepada 16 orang
Ubah saiz-+=