
Bapa Rina meninggal dunia
KUALA LUMPUR 6 April. – Bapa kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, Mohd Haron Mohamad Khairi meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Sungai Buloh.
Setiausaha akhbar menteri berkenaan, Eikmar Rizal Mohd Ripin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata Allahyarham Mohd Haron yang berumur 71 tahun meninggal dunia pada 3.40 pagi.
“Jenazah akan disolatkan selepas solat zuhur di Masjid Kampung Salak Tinggi, Selangor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salak Tinggi,” katanya ketika dihubungi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....