
Bapa mentua Ketua Menteri meninggal dunia
AYER KEROH 8 April – Bapa mentua Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.
Allahyarham M Yusop Ijang, 83, meninggal dunia akibat sakit tua.
Berita sedih itu dimakluman sendiri oleh Sulaiman menerusi hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.
“Saya dan isteri, YABhg. Datin Seri Utama Hajah Munira Binti M. Yusop serta keluarga baharu menerima perkhabaran duka mengenai pemergian ke rahmatullah bapa mentua saya, Allahyarham M Yusop bin Ijang, sebentar tadi.
“Allahyarham M Yusop, 83 tahun meninggal dunia akibat sakit tua,” katanya.
Menurut Sulaiman, jenazah bapa mentuannya akan dibawa pulang ke Kampung Durian Daun, sebelum urusan pengebumian.
“Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan Allahyarham. Saya dan keluarga berasa cukup kehilangan di atas pemergian bapa mentua kesayangan. Al-Fatihah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...