
Bapa kandung M Nasir meninggal dunia di Singapura
KUALA LUMPUR: Bapa komposer, penyanyi dan pelakon tersohor, Datuk M. Nasir dilaporkan meninggal dunia di Singapura, sekitar 7.30 pagi tadi.
Portal berita Astroawani.com, melaporkan Allahyarham Mohamed Sam meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya.
Isteri M. Nasir, Datin Marlia Musa, dilapor berkata, mereka sekeluarga amat berdukacita tidak dapat pulang ke Singapura untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham berikutan pandemik COVID-19 dan hanya mampu berdoa dari jauh.
“Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan akibat COVID-19. Abang (M. Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan,” kata Marlia yang turut berkongsi berita sedih itu di Instagram rasminya.
Menurut Marlia lagi, kali terakhir beliau serta suaminya bertemu dengan Allahyarham ialah kira-kira setahun lalu sebelum COVID-19 menular dan selepas itu mereka hanya berhubung melalui panggilan telefon dan video.
Katanya, semua urusan pengebumian bapa mentuanya diuruskan adik-beradik M. Nasir seramai lapan orang yang menetap di Singapura.
Views:
Related
Berita Lain
PEKERJA KILANG RUGI LEBIH RM480,000 TERPERDAYA PELABURAN DALAM TALIAN
MUAR 29 Julai - Seorang pekerja kilang perabot kerugian RM488,740 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian. Ketua...
475 GRADUAN BAKAL DIRAI DALAM KONVOKESYEN POLITEKNIK MELAKA KE-22
BANDARAYA MELAKA 29 Julai - Seramai 475 graduan bakal diraikan pada Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka ke-22 yang akan diadakan di...
TAMAN LAUT IKON PEMULIHARAAN BIODIVERSITI MARIN, DESTINASI PELANCONGAN LESTARI
AYER KEROH 29 Julai - Jabatan Perikanan Negeri Melaka menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh pengurusan dan kemudahan di Taman Laut...
ATLET MELAKA CEMERLANG DI KEJOHANAN MUAY THAI KEBANGSAAN 2025
AYER KEROH 29 Julai - Penyertaan pada Kejohanan Muaythai Sukan Tempur Kebangsaan Pra-Sukan Malaysia (SUKMA) dan Kejohanan Muay Thai Grand...
TAMAN KEBAYA BAKAL TERIMA GELANGGANG FUTSAL BAHARU
REMBIA 29 Julai - Penduduk Taman Kebaya, Paya Datok, di sini, bakal menerima kemudahan riadah baharu iaitu sebuah gelanggang futsal...
BERAS MELAKA FASA KEDUA DIJANGKA DIPASARKAN BERMULA OGOS
AYER KEROH 29 Julai - Sebanyak 20,000 kampit Beras Melaka dijangka akan berada di pasaran hasil daripada tuaian varieti benih...