
Bapa, dua anak lemas di Sungai Balak
KUALA LUMPUR, 5 Mei – Seorang bapa dan dua anaknya lemas ketika beriadah di Sungai Balak, Batang Kali, Selangor hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat ketiga-tiga beranak itu ditemukan kira-kira 1.35 tengah hari tadi.
“Bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 1.09 tengah hari. Operasi mencari dan menyelamat membabitkan 12 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baharu selain dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.
“Berdasarkan laporan awal, tiga mangsa itu terdiri daripada seorang lelaki (bapa), anak perempuan berusia sembilan tahun dan anak lelaki berusia enam tahun,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kesemua mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 30 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.
Menurut Wan Md Razali kesemuanya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk tindakan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KPDN SERBU DUA PREMIS PENYEMBELIHAN AYAM BEROPERASI SECARA HARAM, KOTOR
CHERAS 13 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menyerbu...
BANTUAN MAIM ‘PENGUAT’ KUDRAT IBU OKU
PAYA RUMPUT 13 Mac - Berbekalkan sebahagian duit sumbangan persediaan Ramadan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Hazlina Jaafar, 50,...
PELAJAR SEKOLAH MAUT DALAM NAHAS DUA MOTOSIKAL
KUALA LINGGI 13 Mac - Seorang pelajar Tingkatan 4 maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan...
DERMA DARAH IMARAH RAMADAN
PENGKALAN BATU 13 Mac - Persatuan Usahawan Automotif Negeri Melaka (PUAM) menyahut seruan kempen derma darah di bulan Ramadan ini...
MELAKA LULUS LEBIH 200 LESEN JUAL BUNGA API, MERCUN
AYER KEROH 13 Mac - Lebih 200 permit atau lesen menjual bunga api termasuk mercun dikeluarkan Polis Melaka kepada peniaga...
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...