Sorting by

×

Bapa, anak maut terperangkap kebakaran

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

ALOR GAJAH 8 Julai- Dua beranak ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Cherana Puteh, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.55 pagi itu mangsa Allahudin Abdul Hamid, 51, dan anak lelakinya Muhamad Badrol Allahudin, 5, ditemukan tidak sedarkan diri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.56 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah bersama anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sejurus tiba pihaknya dimaklumkan terdapat dua orang mangsa terperangkap didalam kediaman  dan ketika itu kebakaran tengah merebak.

“Kerja pemadaman kemudian dilakukan dan kebakaran membabitkan kira-kira 70 peratus daripada premis itu. Kerja mencari mangsa dilakukan sebaik api berjaya dipadam.

Pasukan penyelamat yang memasuki kediaman kemudian mencari mangsa sebelum menemui lelaki dewasa tidak sedarkan diri didalam bilik air manakala mangsa kanak-kanak di bilik tidur,” katanya.

Menurutnya, mayat kedua-dua beranak itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Punca kebakaran masih belum dikenal pasti selain pasukan forensik bomba sudah dimaklumkan dan akan ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan punca sebenar kejadian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1649
Kongsi :
Previous post KOGMAS beri peluang ahli berniaga Air Barakah tanpa modal
Next post Suspek kes bunuh suami isteri ditahan di Genting Highlands
Ubah saiz-+=