
Bantuanbanjir.com permudah mangsa banjir dapatkan maklumat bantuan
KUALA LUMPUR, 17 Jan – Kementerian Kewangan membangunkan portal bantuanbanjir.com yang menghimpunkan pelbagai pautan di bawah satu laman sesawang bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan bantuan banjir.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata senarai penuh bantuan kerajaan seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan bantuan lain bagi membaiki rumah serta baucar membaiki kenderaan tersedia di bawah portal tersebut.
Secara keseluruhan, sejumlah RM1.4 bilion telah diperuntukkan bagi mangsa banjir di negara ini, dengan bantuan boleh mencecah RM61,000 bagi mangsa banjir yang terlibat.
“Semasa saya menyertai pelbagai program bantuan banjir, ramai mangsa yang berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan yang disalurkan tapi satu perkara yang sering ditanya, bagaimana untuk mendapatkan maklumat bagi memohon bantuan.
“Memang betul dengan pelbagai agensi terlibat dalam penyaluran bantuan mesti ramai yang hendak tahu bagaimana cara dapatkan bantuan,’’ katanya dalam video berdurasi 1.52 saat mengenai bantuanbanjir.com.
Katanya portal berkenaan dilengkapi langkah-langkah memanfaatkan bantuan yang disediakan agensi penyelaras bantuan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...