Bantuan segera untuk mangsa banjir Masjid Tanah – KM

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

LENDU 11 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, turun padang meninjau dan bertanya khabar mangsa yang terjejas akibat  banjir yang melanda sekitar pekan Masjid Tanah, jam 5.10 petang tadi.

Ketika lawatan itu beliau yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar  Arshad, turut membincangkan mengenai kaedah untuk mengelakkan bencana itu daripada berulang pada masa akan datang.

“Kita minta semua yang terjejas ke pusat pemindahan sementara (PPS) untuk daftar sebagai mangsa banjir dan Kerajaan Negeri Melaka akan hulurkan bantuan segera sebanyak RM300 untuk ringankan beban mereka.

“Ini kejadian kejadian paling teruk sejak 12 tahun lalu, hari ini berulang kembali, semua kawasan dalam pekan Masjid Tanah dinaiki air. Saya turut berdukacita dengan musibah menimpa penduduk Masjid Tanah.

“Bawa bertenang, bawa bersabar saya sedang melihat jalan keluar mengatasi masalah banjir di Masjid Tanah termasuk di  Taman Masjid  Tanah  Ria, saya sudah ke beberapa buah rumah dan melihat bagaimana susah payah penduduk terkesan akibat banjir. Harap semua bersabar,” kata Ketua Menteri.

Img 20240811 203352 874
AB Rauf meredah banjir ketika meninjau mangsa. Foto Pejabat Ketua Menteri

Menurut Ketua Menteri, beliau bersama keluarga dan seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri memandang serius bencana melanda.

“Berikutan itu suatu kaedah baharu agar dapat menyelesaikan permasalahan banjir di Masjid Tanah serta Melaka secara keseluruhan akan diusahakan,” katanya.

Setakat jam 6 petang, kawasan yang terjejas akibat banjir adalah Kampung Paya Lebar; Kampung Ramuan China Besar; Kampung Bukit Apit; Kampung Ayer Limau; Kampung Sungai Jernih; Kampung Lekok; Kampung Paya Rumput; Kampung Lubok China; Taman Masjid Tanah Ria; Taman Bandar Baru Masjid Tanah; Kampung Rantau Panjang; Kampung Berisu; Taman Awan Biru dan Taman Seri Bayu 2 & 3.

Enam PPS yang dibuka ialah PPS Balai Raya Paya Lebar; PPS Bangunan PERKIM (Lendu); Balai Raya Kampung Ramuan China Besar; PPS Balai Raya Ayer Paabas; PPS SK Sungai
Jernih; dan PPS Dewan Masjid Ar-Rasyidin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

514
Kongsi :
Previous post Isu keganasan global: Jangan leka – Ahmad Zahid
Next post ‘Ab Rauf fikir jauh ke hadapan’
Ubah saiz-+=