Sorting by

×

Bantuan nelayan: Terima kasih KM

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH, 9 DIS – “Terima kasih kepada kerajaan negeri terutamanya Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali kerana prihatin dan begitu mengambil berat nasib nelayan,” itu kata Ketua Jaringan Pengkalan Nelayan Pantai Kundor dan Pantai Rombang Azmi Leman.

Pada pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kompleks Seri Negeri, hari ini, Sulaiman mengumumkan Sagu Hati Nelayan Berdaftar kepada 1,100 nelayan di Melaka.

Sagu hati secara ‘one- off’ itu akan diberikan sebanyak RM2, 000 kepada pemilik sampan dan RM250 kepada awak- awak.

Menurut Azmi, apa yang diumumkan oleh Ketua Menteri menunjukkan golongan nelayan tidak terkecuali dan mendapat perhatian kerajaan negeri.

“Kami nelayan menerima dengan hati terbuka akan jumlah sagu hati yang diumumkan kerana ia amat bermakna buat kami dalam meringankan beban perbelanjaan,” katanya.

Sementara itu, bagi Ketua Jaringan Nelayan Kampung Hailam Mustapah Japar berkata, dia amat berbesar hati dengan pengumuman dibuat oleh Sulaiman yang disifatkannya begitu menjaga kebajikan nelayan di Melaka.

“Saya mewakili rakan nelayan yang lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Menteri dan berharap agar bantuan kepada kami golongan nelayan ini akan diteruskan pada masa akan datang.

“Dengan situasi sekarang susulan pandemik COVID-19 ramai yang terkesan termasuk kami nelayan,” katanya.

Views:

348
Kongsi :
Previous post Bonus setengah bulan gaji buat penjawat awam Melaka
Next post COVID-19: Melaka sedia 16 insentif berjumlah RM19.44 juta
Ubah saiz-+=