Sorting by

×

BANTUAN MANGSA RIBUT MASJID TANAH DISALURKAN SEGERA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KUALA LINGGI 31 Oktober – Kerajaan Melaka memandang serius bencana ribut yang melanda beberapa kawasan di Masjid Tanah dan inisiatif bantuan dilaksana dengan segera bagi mengurangkan beban yang dihadapi oleh mangsa terlibat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, beliau amat berdukacita dengan nasib dihadapi oleh mangsa ribut berkenaan yang melibatkan 326 buah rumah terjejas di kawasan Masjid Tanah dan Kerajaan Negeri akan membuat penilaian terhadap kerosakan harta benda dihadapi oleh mereka.

“Saya melawat kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana ribut yang berlaku di Masjid Tanah, yang mana di kawasan Kuala Linggi sahaja, sebanyak 100 buah rumah terjejas, manakala angka bagi seluruh kawasan Masjid Tanah, 326 rumah terjejas akibat ribut yang melanda pukul 3.30 pagi semalam.

“Pihak kerajaan sedang berusaha untuk memastikan kesiapsagaan semua agensi-agensi kerajaan agar dapat membantu dan meringankan beban mangsa ribut terlibat dan ia akan dibuat secara berkala.

“Seterusnya kita sedang membuat penilaian terhadap kerosakan harta benda dan insyaa-Allah bantuan akan kita salurkan setelah semua penilaian dan jumlah mangsa dikenali pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas melawat mangsa ribut di Kampung Permatang, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Jelasnya, bantuan ‘one-off’ turut diberikan kepada mangsa ribut yang terjejas bagi meringankan beban dihadapi mereka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

406
Kongsi :
Previous post WANITA RUGI LEBIH RM260,000 ANGKARA ‘LOVE SCAM’
Next post ASET ATM JADI TUMPUAN HARI PERTAMA KUAM 2024
Ubah saiz-+=