
Bantuan khas minima RM1,000 buat penjawat awam Melaka
AYER KEROH 9 Dis. – Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minima RM1,000 buat semua penjawat negeri ini, diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, sebentar tadi.
Katanya, insentif terbabit akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada Disember ini dan Januari depan.
Katanya, insentif yang ditawarkan itu sebagai kesetiaan golongan terbabit menerusi Tonggak 5K iaitu, Komunikasi; Kolaborasi; Koordinasi; Kompetensi dan Kongsi Matlamat Bersama yang menjadi pegangan penjawat awam di Melaka.
“Bagi memperhebat kecekapan itu, kerajaan negeri memberi peruntukan tersebut sebagai penghargaan buat golongan ini,” katanya dalam ucapan membentangkan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH BAITULMAL MAIM IMARAH MASJID MENJELANG RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 1 Mac - Bersempena bulan Ramadan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengadakan Program Jelajah Baitulmal bagi mengimarahkan masjid...
PENIAGA BAZAR IKONIK SERONOK DAPAT ‘PIKAT’ PELANCONG MEMBELI
BANDA HILIR 1 Mac - Bazar Ikonik Banda Hilir berkonsep bazar mega yang menjual pelbagai jenis barangan termasuk persiapan menyambut...
MANFAAT JUALAN MURAH SEBAGAI PERSIAPAN RAMADAN
LENDU 1 Mac - Jualan pelbagai barangan pada harga lebih murah dan segar di pasar tani dimanfaatkan orang ramai bagi...
KOLEJ KOMUNITI JASIN JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN PENGAMAL MEDIA
BUKIT KATIL 1 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) telah mengadakan Program Sembang Santai bersama pengamal media Negeri Melaka, di...
FAMA MELAKA SASAR NILAI JUALAN RM8 JUTA TAHUN INI
LENDU 1 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Melaka menyasarkan nilai jualan RM8 juta untuk tahun 2025. Pengarah...
TERKEJUT KAMBING JANTAN ATAS BUMBUNG RUMAH
TABOH NANING 1 Mac - Seorang peniaga rojak terkejut apabila bunyi bising di atas bumbung rumah rupanya angkara dua ekor...