
Bantuan Keluarga Malaysia disalurkan selewat-lewatnya 31 Mac
KUALA LUMPUR 19 Mac – Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan disalurkan pada bulan ini selewat-lewatnya mulai 31 Mac, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menerusi video berdurasi satu minit yang dimuat naik dalam Facebooknya, Tengku Zafrul berkata, beliau menerima banyak reaksi sama ada menerusi Facebook mahupun laman Instagram yang bertanyakan mengenai perkara itu.
Katanya, bagi penerima bantuan berkenaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu menapis 12 juta permohonan yang diterima tahun ini.
“Mereka sedang berusaha mengesahkan kelayakan permohonan ini secepat mungkin kerana kita hendak pastikan semua Keluarga Malaysia yang layak menerima bantuan.
“Saya tidak mahu LHDN tergesa-gesa memproses bantuan itu sehingga ada Keluarga Malaysia yang layak tetapi tercicir,”katanya.
Dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat tahun lalu, Tengku Zafrul mengumumkan kerajaan memperuntukkan bantuan BKM sebanyak 8.2 bilion yang akan memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BEKAS WARTAWAN MELAKA HARI INI MENINGGAL DUNIA
ALOR GAJAH 15 Mac - Bekas wartawan sambilan Melaka Hari Ini, Jaafar Neemat meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, hari...
TUJUH TERNAKAN DILELONG JIKA TIDAK DITUNTUT – MPAG
ALOR GAJAH 15 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menangkap tujuh ekor ternakan dikesan berkeliaran sekitar Taman Datuk Setia,...
MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
MACHAP JAYA 15 Mac - Isu penyalahgunaan media sosial seperti membuat hantaran jelik berkaitan isu 3R (Race, Religion dan Royalty)...
TANDA KASIH DAN SAYANG MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Seramai 120 anak yatim dan asnaf di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
225 PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN MELAKA
DUYONG 15 Mac - Seramai 225 peniaga secara sukarela mendaftar dan menawarkan menu bawah RM5 di tiga Bazar Ramadan RAHMAH...
HANYA 30 PERATUS RAKYAT MELAKA SELESA BERBELANJA CARA DIGITAL
DUYONG 15 Mac - Kerajaan Negeri akan terus memperkasa penggunaan transaksi digital tanpa tunai dalam kalangan pengguna Pasar Ramadan seluruh...