
BANTUAN KEBAJIKAN, PROGRAM INKLUSIF TUMPUAN BELANJAWAN MELAKA 2025
AYER KEROH 19 Oktober – Bantuan kebajikan, menstruktur pembangunan dan merencana program-program inklusif menjadi antara fokus Kerajaan Negeri tahun depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, komitmen itu akan dibawa dan diterjemahkan pada pembentangan Belanjawan Negeri Melaka 2025 tidak lama lagi.
Menurut beliau, pembentangan Belanjawan Negeri Melaka 2025 itu dijangka akan dijadual pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Bajet) pada 9 hingga 12 Disember depan.
“Kerajaan Negeri Melaka komited untuk merangka pelbagai inisiatif seperti bantuan-bantuan kebajikan, menstruktur pembangunan, merencana program-program inklusif dan sebagainya berdasarkan keperluan sasaran setiap golongan rakyat di Negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri, semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA MAHU TAMBAH KAWASAN REHAT ‘ABANG RIDER’
BANDA HILIR 15 Mac - Kerajaan Negeri akan menyediakan lebih banyak tempat rehat bagi mereka yang terlibat dalam sektor P-Hailing...
LEBIH 1,500 IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 15 Mac - Lebih 1,500 pengunjung memeriahkan Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
CERIA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI
LENDU 15 Mac - Kanak-kanak mengalami kesukaran berjalan akibat masalah saraf Sheikh Muhammad Alif Alashiri, 12, antara penerima sumbangan bantuan...
PINTU MASUK MELAKA LEBIH INDAH, CERIA SEMPENA AIDILFITRI
PAYA RUMPUT 15 Mac - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk menceriakan kesemua pintu masuk...
TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kontraktor penyelanggaraan...
KPDN EDAR 18,000 BAUCAR E-DOMPET
DUYONG 15 Mac - Sejumlah 18,000 baucar e-dompet diedarkan dan dinikmati oleh rakyat Melaka bermula 11 hingga 15 Mac (hari...