Sorting by

×

BANTU SEGERAKAN PERMOHONAN MYKAD, MYKID ENAM BERADIK

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

PANTAI KUNDOR 3 Januari – “Tiada apa yang saya harapkan kecuali penantian untuk memiliki Mykad tercapai pada tahun ini,” itu luah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang juga anak yatim piatu Nul Aziza Rosani, 18.

Ketika ditemui Nul Aziza, menyarakan kerisauan impian untuk melangkahkan kaki ke menara gading terbantu berikutan tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu.

Katanya, dia kini hanya memiliki sijil kelahiran dan difahamkan permohonan untuk mendapatkan Mykad sudah dikemukakan sejak 2021 tetapi difahamkan perkara itu masih dalam tindakan.

“Saya tahu proses ini mengambil masa dan kini sedang menunggu kelulusan kewarganegaraan tetapi besar harapan jika urusan ini dapat selesai pada tahun ini.

“Jika tidak, saya akan berdepan kesukaran untuk mengisi borang permohonan ke universiti bagi melanjutkan pelajaran,” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjong itu ditemui selepas menerima kunjungan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi @Mohd Hashim, di kediamannya di Kampung Tangga Batu Pekan, hari ini.

Kakak sulung kepada enam beradik itu berkata, lima adiknya berusia 17, 16, 15, 13 dan 10 tahun juga tidak mempunyai Mykad atau Myki.

“Kami semua hanya ada sijil lahir sahaja. Sebelum ini, semua urusan kami adik-beradik diuruskan oleh ibu saudara yang bertindak sebagai penjaga selepas kematian ibu dan ayah.

“Selepas ini saya terpaksa ambil alih kerana ibu saudara baru sahaja meninggal pada Rabu. Walaupun begitu saya bertuah kerana komuniti setempat amat prihatin terhadap nasib kami enam beradik dan banyak membantu bukan sahaja dalam urusan mendapatkan kad pengenalan tetapi juga daripada segi keperluan lain,” katanya.

Sementara itu, Tuminah berkata, di pihak Japerun mereka akan cuba membantu sebaik mungkin agar proses untuk mendapatkan dokumen pengenalan enam beradik itu dapat disegerakan.

“Selain itu juga, kita kepimpinan masyarakat di sini, akan bersama-sama memantau kehidupan enam beradik ini memandangkan mereka tidak mahu berpisah dan ingin tinggal bersama-sama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

139
Kongsi :
Previous post MELAKA BILA LARUT MALAM DITERUSKAN SEPANJANG 2025
Next post ‘KE TANAH JUA KITA KEMBALI’
Ubah saiz-+=