Sorting by

×

BANTU ORANG TABOH NANING BERTEDUH DI KEDIAMAN LEBIH SELESA

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TABOH NANING 8 APRIL – Membantu lebih ramai penduduk memiliki dan berteduh di kediaman lebih selesa antara fokus Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin, sepanjang tahun ini.

Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, usaha itu direalisasikan menerusi kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Katanya, terbaharu pihaknya mendapat kelulusan daripada KKDW bagi pembinaan baharu dua unit kediaman untuk penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning yang dijadualkan bermula hujung bulan ini.

“Saya juga sudah membuat permohonan bagi mendapatkan peruntukan berjumlah hampir RM2 juta kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam pertemuan bulan lalu.

“Berdasarkan maklum balas awal, inysa-Allah jumlah yang dinyatakan itu akan diluluskan. Sebagai makluman peruntukan ini akan digunakan untuk menaik taraf pelbagai kemudahan awam yang memberikan manfaat kepada rakyat termasuk balai raya sekitar DUN Taboh Naning.

“Berdasarkan pemantauan saya lakukan ada balai raya yang ketika ini dalam keadaan uzur, bumbung dan struktur bangunan dalam keadaan tidak elok,” katanya kepada Melaka Hari ini.

Menurut Zulkiflee, pemantauan berterusan dilakukan pihaknya untuk mengenal pasti kekurangan melibatkan kemudahan awam lain seperti jalan raya dan longkang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

437
Kongsi :
Previous post POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
Next post OPERASI KUTIPAN SAMPAH DIKERAPKAN SEPANJANG SYAWAL – MBMB