Sorting by

×

Bantu golongan B40 berniaga – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 1 Ogos – Kerajaan Negeri akan membentangkan satu kertas kerja bagi membincangkan peruntukan untuk membantu golongan B40 yang ingin menceburi atau memulakan perniagaan.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dalam satu perjumpaan sebelum ini.

“Untuk makluman selain dibawah portfolio saya, pelbagai inisiatif diberikan kepada golongan ini termasuklah peniaga kecil bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Jika ada yang memerlukan nasihat saya mengalu-alukan mereka untuk datang berjumpa dan kita akan bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Lim Ban Hong (BN- Klebang) mengenai usaha Kerajaan Negeri membantu golongan B40 dan peniaga PKMS pada hari kedua Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, Seri Negeri, di sini, hari ini.

Selain itu Allex Seah turut menasihati orang ramai supaya mengawal emosi dan tidak mengeluarkan kenyataan yang tanpa fakta yang tepat.

“Saya harap kita ikut fakta dan bukan emosi, kerajaan sentiasa prihatin terhadap isu dihadapi rakyat, ini termasuklah strategi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pendapatan baharu bagi meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1168
Kongsi :
Previous post MBMB pantau keselamatan taman permainan empat kali setahun
Next post 9,976 petugas kesihatan berkhidmat di Melaka
Ubah saiz-+=