Bantu asnaf baiki rumah
TABOH NANING 29 Januari – Terpaksa menyewa rumah lain berikutan tidak mampu membaiki kerosakan bumbung kediaman sendiri antara masalah asnaf yang mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.
Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, permasalahan itu antara yang dikongsi asnaf kepada beliau ketika lawatan turun padang untuk melihat kediaman uzur sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
“Akibat kekangan kewangan ada dalam kalangan asnaf ini terpaksa menangguhkan perancangan untuk membaiki bumbung kediaman mereka yang rosak.
“Malah akibat kekurangan dana ada yang terpaksa menyewa rumah lain bagi meneruskan kehidupan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Berikutan itu beliau mendapatkan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi membantu membaiki kediaman asnaf berkenaan yang kini sudah uzur.
“Saya bersama wakil MAIM sudah melawat kediaman asnaf berkenaan jika benar-benar layak mereka ini akan dibantu.
“Menjadi hasrat saya untuk melihat asnaf ini tinggal di kediaman yang lebih selesa. Kediaman yang selesa dan berkualiti perkara paling penting bagi semua,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
500 BELIA DILANTIK SUKARELAWAN TMM2024
SERI NEGERI 27 Disember - Seramai 500 anak muda telah dilantik sebagai sukarelawan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menerusi Bahagian...
MELAKA TERIMA PELABURAN TINGGI DARI TIGA NEGARA
SERI NEGERI 27 Disember - Melaka mencatatkan nilai pelaburan tinggi dari tiga negara iaitu Belanda, Hong Kong dan Jepun, bagi...
MELAKA BILA LARUT MALAM TUJUH EDISI CATAT REKOD 87,553 PENGUNJUNG
SERI NEGERI 27 Disember - Program Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife yang sudah dilaksanakan sebanyak tujuh edisi berjaya...
MELAKA SEDIA TERIMA PELABURAN BERTEKNOLOGI TINGGI
SERI NEGERI 27 Disember - Kewujudan sebanyak 23 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri ini, melancarkan...
PELABURAN TINGKATKAN HASIL NEGERI, WUJUD PELUANG PEKERJAAN UNTUK RAKYAT
SERI NEGERI 27 Disember - Peluang pekerjaan yang diwujudkan untuk rakyat Melaka adalah hasil daripada peningkatan nilai pelaburan masuk ke...
PEMBUKAAN SIDANG DUN MELAKA TEGANG DENGAN LAUNGAN ‘KATAK’, ‘PENGKHIANAT’
SERI NEGERI 27 Disember - Pembukaan Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas tegang seketika...