Banteras denggi dalam komuniti

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

TABOH NANING 8 Januari – Misi membanteras  demam denggi akan diperluaskan secara menyeluruh dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, penganjuran aktiviti gotong royong dalam komuniti kampung dan taman perumahan merupakan antara pendekatan utama pihaknya memastikan hasrat itu tercapai.

Katanya, meskipun statistik penularan demam denggi di kawasan itu masih terkawal langkah pencegahan akan terus dilaksanakan agar kesedaran penduduk dipertingkatkan.

“Setakat ini kita telah laksanakan aktiviti gotong royong ini dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bersama kepimpinan setempat untuk memberi fokus dalam kawasan taman perumahan.

“Ia akan terus dianjurkan sebagai aktiviti melibatkan penduduk dengan menjejaki dan mencegah tempat pembiakan nyamuk terutama di kawasan belakang kediaman penduduk.

“Memasuki tahun ini kita akan pastikan kawasan Taboh Naning sebagai kawasan bebas denggi dan usaha mempertingkat kesedaran penduduk akan terus dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas bersama-sama menyertai Program Gotong Royong Cegah Denggi Taman Sri Naning, di sini.

55d1bad4 994c 47b4 A278 A9576707cca9
Kerja kerja pembersihan dilaksanakan pada aktiviti itu.

Mengulas lanjut, menurutnya biarpun belum terdapat kes kematian berkaitan penyakit itu pihaknya menyifatkan kesedaran penduduk masih rendah dalam usaha membanteras tempat pembiakan nyamuk.

“Apabila gotong royong dijalankan kita lihat banyak barang barang tidak dipakai dilonggokkan di belakang rumah dan membuatkan banyak kawasan bertakung yang menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Setakat ini tiga notis amaran telah dikeluarkan dan mengarahkan penduduk terlibat untuk memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk ini sebelum tindakan susulan diambil oleh pihak berwajib.

“Kesedaran ini masih berkurang jadi kita akan pastikan usaha membanteran nyamuk aedes ini akan dilaksanakan berterusan bagi memastikan Dun Taboh Naning adalah sebagai zon bebas denggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1095
Kongsi :
Previous post Program ‘outreach’ ajak rakyat daftar PADU
Next post Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih
Ubah saiz-+=