Sorting by

×

Banjir: UTeM teruskan misi bantuan di Pahang, Negeri Sembilan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

DURIAN TUNGGAL 5 Jan – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) komited meneruskan misi bantuan pasca banjir di dua kawasan melibatkan Mentakab, Pahang dan Gemencheh, Negeri Sembilan.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Dr Ghazali Omar berkata, seramai 50 sukarelawan yang terdiri daripada 40 pelajar dan 10 kakitangan terlibat menjayakan operasi pembersihan di kawasan itu.

Jelasnya, Isnin lalu pasukan sukarelawan UTeM telah menjalankan kerja-kerja pembersihan perumahan dan kawasan jagaan kanak-kanak di Taman Ixora Mentakab, Pahang bersama pasukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Program ini turut melibatkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang turun padang bersama sukarelawan menjayakan misi bantuan pasca banjir.

“Pada hari semalam (4 Jan) pula pasukan sukarelawan UTeM yang sama bergerak menjayakan misi pembersihan di Taman Pinggiran, Sungai Kelamah Gemencheh, Negeri Sembilan,” katanya.

SEBAHAGIAN sukarelawan yang terlibat dalam misi tersebut.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif berkata UTeM sentiasa cakna dan prihatin terhadap mangsa banjir.

“Sepanjang dua hari pelaksanaan program ini kami berjaya sempurnakan kerja-kerja pembersihan di dalam dan luar rumah mangsa banjir.

“Selain itu kerja-kerja mengalih dan mengangkat perkakasan yang rosak untuk dibuang ke pusat pelupusan sampah dijalankan serentak agar kawasan berkenaan kembali sempurna dan memudahkan penduduk menjalani kehidupan seperti biasa.

“Kami bersama sukarelawan ini akan meneruskan misi gotong-royong dan pembersihan pasca banjir di Negeri Melaka selepas ini,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1236
Kongsi :
Previous post Banjir: SWCorp tumpu pembersihan 12 kawasan di Melaka
Next post Laluan darat dinaiki air, lebih 1,000 masyarakat Orang Asli terputus hubungan
Ubah saiz-+=