
Banjir: TYT seru rakyat Melaka sentiasa waspada
MELAKA 2 Jan – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menyeru rakyat negeri ini agar sentiasa berwaspada dengan musibah banjir yang berlaku.
Dalam satu kenyataan di Facebook Istana Melaka, Tun Mohd Ali turut meminta semua mangsa terlibat akur dengan arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) demi keselamatan.
“Saya juga menyeru agar rakyat Melaka sentiasa berwaspada dan akur dengan arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) semasa banjir bagi keselamatan diri dan keluarga masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, Tun Mohd Ali turut mengadakan lawatan ke PPS Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka, petang tadi bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di situ.
Kehadiran beliau turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts Kamel Mohamad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.