Banjir Selangor, ragut tujuh nyawa, satu masih hilang
SHAH ALAM, 20 Dis – Bencana banjir di Selangor telah meragut tujuh nyawa dengan empat mayat ditemukan di kawasan Taman Sri Muda, manakala seorang lagi dilaporkan masih hilang setakat petang ini, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis.
Beliau berkata satu mayat lelaki ditemukan pada Sabtu dan dua lagi mayat lelaki ditemukan semalam di kawasan Taman Sri Muda.
“Ketiga-tiga mangsa ditemukan di dalam air banjir, manakala mayat seorang wanita dipercayai warga Indonesia, ditemukan di sebuah rumah di bahagian tingkat atas awal pagi semalam di taman tersebut,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Operasi Bencana Bomba Seri Muda di sini, hari ini.
Beliau berkata dua lagi mayat lelaki ditemukan di Dengkil hari ini dan seorang mayat pemandu lori lelaki ditemukan di Desa Coalfields, Kuala Selangor semalam.
“Seorang lelaki berusia 31 tahun dilaporkan hilang di Sungai Pinang, Klang pada 12.30 tengah hari semalam,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA CERIAKAN 1,000 RAKYAT SAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025
KUALA LINGGI 17 Januari - Sejumlah RM200,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka bagi sumbangan perayaan Tahun...
GAHARU, NANAS MD2 ‘PERMATA’ KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Kilang Gaharu dan Ladang Nanas MD2 menjadi antara dua produk agropelancongan yang berpotensi diperluaskan seterusnya...
W.R.U.R: HAMPIR 1 TAN SISA DIBERSIHKAN DI PEKAN KUALA SUNGAI BARU
KUALA LINGGI 17 Januari - Hampir satu tan sisa berjaya dibersihkan di Pekan Kuala Sungai Baru, di sini, menerusi Program...
DUA NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU UNDAN
TELOK MAS 17 Januari - Dua nelayan dipercayai hilang selepas keluar memukat di perairan Pulau Undan sejak Rabu lalu. Pengarah...
W.R.U.R ‘TERANGI’ LAMPU JALAN DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Sebanyak 123 lampu jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang rosak telah...
175 MASYARAKAT TIONGHOA TERIMA ANGPAU
KUALA LINGGI 17 Januari - Seramai 175 orang masyarakat Tionghoa dari Parlimen Masjid Tanah menerima sumbangan perayaan bersempena Tahun Baharu...