Banjir: RTB jangka pendek Melaka diluluskan RM8 juta – PM

Masa Membaca:57 Saat

GANGSA 4 Jan- Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM8 juta bagi pelan jangka pendek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Melaka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata projek-projek RTB itu akan mula dilaksanakan segera selepas banjir surut di Melaka.

“(Berhubung) RTB jangka pendek di Melaka, Ketua Menteri (Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali) telah hantar permohonan dan telah diluluskan sebanyak RM8 juta jumlah peruntukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka. Turut bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Kalau boleh disegerakan pembinaan RTB terbabit selepas air banjir di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti.

“Pembinaan jangka pendek akan dibuat dengan kadar segera,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Gangsa, di Durian Tunggal, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

894
Kongsi :
Previous post Mesyuarat Jemaah Menteri fokus isu banjir dan COVID-19- PM
Next post Banjir: Lima PPS ditutup, jumlah mangsa menurun
Ubah saiz-+=