
Banjir Pontian: 19 orang masih di PPS petang ini
JOHOR BAHRU, 6 Mei – Seramai 19 orang daripada empat keluarga terjejas banjir di Pontian masih berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini berbanding 51 orang daripada 11 keluarga pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pontian dalam kenyataan memaklumkan kesemua mereka yang merupakan penduduk Kampung Sri Segambut ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya.
“Sebuah PPS iaitu di SK Seri Bukit Panjang telah ditutup pada 4 petang tadi,” menurut kenyataan itu.
Hujan lebat yang berterusan sejak kira-kira 5.30 pagi pada 4 Mei lepas, telah menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Sri Segambut, Kampung Jasa Sepakat dan Kampung Bukit Panjang dinaiki air.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
PEGAWAI KESELAMATAN RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU PHONE SCAM
CHUKAI 10 Mac - Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’....
PEMANDU MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA LORI
IPOH 10 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya melanggar belakang sebuah lagi lori dalam kemalangan di Kilometer...
DOKTOR BERKELAKUAN TIDAK SENONOH DITAHAN SEMULA SUSULAN LAPORAN POLIS KETIGA
GEORGE TOWN 10 Mac - Seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap...
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac - Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)...
UBAH SUAI BOT LAMA JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 10 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang mewujudkan produk baharu dengan membaik pulih serta...