
Banjir: Perhimpunan Agung UMNO 2021 ditangguh
KUALA LUMPUR, 25 Dis – Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada 13 hingga 15 Jan tahun depan ditangguhkan, disebabkan bencana banjir yang berlaku di negara ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perkara itu dipersetujui Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, Jawatankuasa Pengurusan UMNO serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi.
Beliau berkata Perhimpunan Agung UMNO 2021 itu akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
“UMNO bersama berdukacita terhadap rakyat yang terkesan kerana bencana banjir dan berharap jentera UMNO dan Barisan Nasional serta kerajaan pusat dan negeri terus membantu mereka,” katanya dalam kenyataan di laman twitternya.
Beliau berkata terdapat Bahagian seperti Kota Raja dan Klang di Selangor, masih tidak mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian kerana dilanda musibah banjir.
Menurutnya Perhimpunan Agung UMNO kebiasaannya melibatkan hampir 6,000 pemimpin akar umbi Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 191 UMNO Bahagian dan ribuan lagi pemerhati dari seluruh negara.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’
AYER KEROH 4 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran...
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...