Banjir: Pengurusan bencana berbeza ikut lokasi, situasi – MKN
SHAH ALAM, 22 Dis – Situasi dan ciri banjir yang berbeza antara sesebuah tempat, menyebabkan pengurusan bencana juga berlainan, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad.
Beliau berkata sesuatu pengurusan itu perlu diteliti dan dipertimbangkan oleh komander operasi bencana terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang tindakan.
“Kadang-kadang kita tidak tahu keadaan (situasi banjir) di sesuatu tempat. Ia berbeza-beza situasi dan kita cenderung buat andaian am bagi semua tempat. Itu tak betul keadaan seumpama itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau situasi banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini.
Rodzi berkata secara keseluruhan, beliau mendapati pengurusan bencana di Taman Sri Muda khususnya berada pada di tempatnya dan sudah berjalan dengan baik.
“Cuma pada peringkat awal disebabkan hujan yang terlalu banyak, secara tiba tiba. Kita tidak menjangka paras air akan naik sebegini tinggi jadi kita terperangkap dalam banyak keadaan.
“Namun agensi kerajaan semua telah memainkan peranan, berusaha bersungguh-sungguh walaupun keluarga masing-masing ada yang kena banjir, tetapi semua petugas kerajaan cukup komited untuk memberi khidmat yang terbaik,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PELAYARAN MINI AMAZON, SEA CRUISE ANTARA PRODUK BAHARU MELAKA TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal meluncurkan beberapa produk tarikan baharu dalam usaha...
5 TEMPAT PALING ‘BEST’ DI SUNGAI MELAKA
SUNGAI Melaka yang turut dikenali sebagai 'Venice of the East' merupakan antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan...
BANTUAN SEKOLAH ANAK ASNAF, MISKIN, MUALAF DINAIKKAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Bantuan persekolahan bagi anak asnaf fakir, miskin dan mualaf seluruh Melaka dinaikkan kepada RM350 berbanding...
‘UJIAN ALLAH, KUATKAN IKATAN KASIH KAMI’
AYER KEROH 19 Disember - Ujian yang dilalui ketika ini tidak sesekali menjadi satu bebanan buat Nurlidaini Jaafar, 38, sebaliknya...
PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
AYER KEROH 19 Disember - Sejumlah 128 majikan di Melaka tampil bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi...