
Banjir: Paras air di Taman Sri Muda semakin surut – NADMA
SHAH ALAM, 22 Dis – Proses mengepam air keluar dari kawasan banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, berjalan lancar walaupun hujan lebat melanda sekitar Shah Alam awal pagi tadi.
“Pagi tadi dah surut juga walaupun hujan pukul 4 pagi,” kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim secara ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan proses menyedut air bah di kawasan tersebut yang bermula sejak awal pagi semalam.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latif Ahmad memaklumkan lebih 80 peratus air banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam telah disedut keluar dan dilepaskan ke Sungai Klang.
“Jika 80 peratus boleh selesai dalam 17 jam dan baki 20 peratus lagi ikut logik esok pagi boleh diselesaikan jika tidak hujan,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMERIKSAAN KETAT BAS EKSPRES DI DEPOH DAN TERMINAL
AYER LIMAU 29 Mac - Bas ekspres beroperasi sepanjang musim perayaan Aidilfitri akan melalui pemeriksaan sebanyak dua kali iaitu di...
40 KAWAH DODOL SEMARAK SUASANA SYAWAL DI MELAKA
BANDA HILIR 29 Mac - Bagi memeriahkan 10 malam terakhir Ramadan, Kerajaan Negeri menganjurkan program yang amat unik iaitu memasak...
LEBIH 1,000 MERIAHKAN MAJLIS BERBUKA PUASA POGHUT AYER LIMAU
AYER LIMAU 28 Mac - Lebih 1,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Poghut Ayer Limau diadakan di kediaman Ahli...
PEKERJA KILANG MAUT DALAM PERJALANAN PULANG BERAYA
KUALA BERANG 28 Mac - Seorang pekerja kilang maut ketika dalam perjalanan pulang ke kampung di Kelantan untuk menyambut Aidilfitri...
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-MUHAIMIN BEMBAN
BEMBAN 28 Mac - Masjid Al-Muhaimin Bemban hari ini melakar sejarah apabila dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia...
DOKTOR WANITA MAUT DALAM PERJALANAN PULANG BERAYA KE KELANTAN
KUALA BERANG 28 Mac - Seorang wanita maut manakala lima lagi anggota keluarganya cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di...