
Banjir Muar semakin pulih
JOHOR BAHRU 18 Julai – Keadaan banjir di Muar semakin beransur pulih, dengan hanya 71 orang daripada 16 keluarga masih berada di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat 8 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan menerusi kenyataan pagi ini berkata, kesemua mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma Darat dan SK Parit Raja, yang kedua-duanya mula beroperasi sejak 13 Julai lepas.
Ia membabitkan 58 orang daripada 13 keluarga yang berada di PPS SK Parit Keroma Darat dan 13 orang daripada tiga keluarga di PPS SK Parit Raja.
Kesemua mereka merupakan penduduk Parit Keroma Darat, Parit Sakai, Parit Besar, Kampung Parit Amal dan Kampung Parit Amat, yang belum dibenarkan pulang kerana kawasan kediaman masih digenangi dengan air banjir termenung.
Namun begitu, jika keadaan cuaca yang baik pada pagi ini berterusan sehingga ke petang, pihak berkuatkuasa menjangkakan, lebih ramai mangsa akan dapat pulang ke kediaman masing-masing hari ini.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...