Banjir melanda Batu Pahat
BATU PAHAT 24 Ogos – Hujan lebat lebih dua jam bersama fenomena air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat hingga paras air mencecah 0.8 meter (m), di sini, hari ini, memetik laporan portal Berita Harian sebentar tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Batu Pahat, Leftenan Mohd Faezie Abdul Aziz, berkata kawasan terjejas meliputi pusat bandar Batu Pahat, Taman Sri Wangsa, Taman Flora dan Taman Pelangi.
“Hujan lebat dan air pasang setinggi 1.40m kira-kira jam 8 pagi tadi menyebabkan limpahan air ke kawasan terbabit yang juga terletak berhampiran muara Sungai Simpang Kiri,” katanya kepada BH.
Setakat jam 10 pagi tadi, beliau berkata, hujan masih separa lebat, namun belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Bagaimanapun, katanya, pihak agensi berkaitan terus memantau keadaan dan cuaca dari semasa ke semasa, termasuk di kawasan rendah yang berisiko dilanda banjir.
“Jika berlaku banjir, orang ramai dinasihatkan segera menghubungi agensi terbabit,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LADANG NANAS PREMIUM KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Berkonsep mendidik pengunjung mengenai pertanian nanas, Ladang Nanas Fionanas, Nusa Dusun di sini, antara lokasi...
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....