
Banjir Melaka semakin pulih, hanya 1 PPS masih dibuka
AYER KEROH 25 Okt – Keadaan banjir di Melaka semakin pulih selepas hampir kesemua mangsa di Pusat Penempatan Sementara (PPS) sebelum ini dibenarkan pulang ke rumah.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel PA Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang direkodkan hanyalah 17 orang sahaja.
Katanya, kesemua mangsa itu ditempatkan di PPS SK Durian Tunggal.
“PPS dalam Daerah Jasin dan Melaka Tengah telah ditutup kesemuanya dan yang tinggal hanya di PPS SK Durian Tunggal di bawah Daerah Alor Gajah.
Katanya lagi, daripada 15 PPS yang dibuka sebelum ini, 14 PPS ditutup secara berperingkat selepas keadaan banjir semakin pulih.
Untuk rekod, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan tiada hujan pada petang dan malam ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...