Banjir: Melaka bah akibat limpahan air sungai negeri jiran – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

JASIN 3 Jan – Musibah banjir yang berlaku di negeri ini sedikit sebanyak dipercayai berpunca daripada limpahan air sungai dari negeri jiran, kata Exco Pengurusan Banjir negeri Datuk Rahmad Mariman.

Beliau berkata, limpahan air sungai dari Johor dan Negeri Sembilan menyebabkan beberapa kawasan di Jasin dan Alor Gajah terkena tempias.

Katanya, antara kawasan terjejas banjir ialah membabitkan daerah Jasin yang menerima limpahan air dari hulu Sungai Kesang dan Tangkak.

Manakala di daerah Alor Gajah dan sebahagian Melaka Tengah pula menerima limpahan air dari Sungai Rembau, Tampin dan beberapa sungai di Negeri Sembilan.

“Seperti di Lanchang, Jasin ini, air datang berpunca dari sungai di hulu, iaitu limpahan Sungai Kesang, Sungai Tangkak. Hujan berterusan menyebabkan air hujan melimpah ke kawasan ini (terjejas).

“Manakala di Lubok China, Jelatang, Pengkalan dan lain-lain di Alor Gajah termasuk Melaka Tengah menerima limpahan air dari Sungai di Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas melawat kawasan banjir di Kampung Lanchang, Sungai Rambai, di sini, hari ini.

RAHMAD

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, kawasan-kawasan yang tidak bersambung dengan sungai dari negeri-negeri jiran buat masa ini masih belum dilanda banjir.

“Untuk sungai domestik yang tidak bersambung dari negeri-negeri lain, contohnya di Sungai Duyong, Sungai Punggah dan Sungai Kandang buat masa ini tidak berlaku bnjir.

“Sungguhpun begitu, paras air sungai di kawasan berkenaan masih di tahap waspada, memandangkan cuaca masih tidak menentu,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1097
Kongsi :
Previous post ‘Abang rider’ sanggup redah banjir 500 meter hantar makanan
Next post Banjir: Kerajaan cadang tambah siren dilengkapi amaran suara
Ubah saiz-+=