
BANJIR MELAKA: 3 PPS DIBUKA, 54 MANGSA DIPINDAHKAN
AYER KEROH 23 November – Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air.
Antara yang terjejas adalah Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Pantai Kundor.
Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat jam 12 tengah malam, seramai 54 mangsa membabitkan 13 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak jam 7 petang tadi.
Menurut kenyataan itu, tiga PPS tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2, Japerun Pantai Kundor (dibuka jam 9 malam) dan SK Taman Bukit Rambai (dibuka jam 10.19 malam.
“Daripada jumlah tersebut, 30 mangsa dipindahkan ke Japerun Pantai Kundor diikuti 20 mangsa di SK Taman Bukit Rambai dan empat mangsa di SK Tanjung Minyak 2.
“Jumlah itu dijangka meningkat memandangkan masih ada mangsa yang sedang melalui proses pendaftaran,” kata kenyataan itu.
Menurut Sekretariat tersebut, setakat ini terdapat tiga kawasan masih terjejas banjir iaitu Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama dan Kampung Bukit Datuk A.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...