
Banjir: Mangsa dipindahkan berkurangan kepada 718 orang
MELAKA 20 Dis – Jumlah mangsa terjejas banjir berkurangan kepada 718 orang berbanding 853 malam tadi.
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra, jumlah itu semakin berkurangan susulan dua daripada 11 pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup pada jam 12 tengah hari tadi.
Katanya, dua PPS yang ditutup adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Jelatang.
“Jumlah mangsa keseluruhannya di negeri ini yang masih ditempatkan di semua PPS berkenaan setakat jam 12 tengah hari tadi adalah seramai 718 mangsa membabitkan 158 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 339 mangsa melibatkan 66 keluarga ditempatkan di lima PPS daerah Alor Gajah manakala empat PPS di daerah Melaka Tengah menempatkan seramai 325 mangsa daripada 81 keluarga.
“Bagi daerah Jasin, hanya satu PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu Benteng yang menempatkan seramai 54 mangsa daripada 11 keluarga,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
