
Banjir: Mangsa di Melaka meningkat 507 orang setakat 4 petang
MELAKA 1 Jan – Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 507 orang setakat jam 4 petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat ini lapan pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Katanya, kesemua PPS itu membabitkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.
“Jumlah mangsa tertinggi buat masa ini ialah di PPS SRA JAIM Jelatang dengan 259 mangsa, diikuti PPS SMK Seri Pengkalan (168), PPS Balai Raya Gadek(33) dan PPS Surau Kampung Jeram (6).
“PPS SMK Lubok China menempatkan 18 mangsa dan SK Belimbing Dalam seramai 23 mangsa manakala SK Alor Gajah 1 dan SK Krubong dalam proses pendaftaran,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini 10 kawasan di daerah Alor Gajah dan satu di Daerah Melaka Tengah terkesan dengan bencana banjir.
Kawasan terjejas melibatkan Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan dan Kampung Panchor.
Selain itu, ia turut melibatkan Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok Cina, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau dan Kampung Lanjut Manis di Krubong.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KERAJAAN NEGERI JAMIN KESELESAAN MANGSA BANJIR DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Kerajaan Negeri memberi jaminan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini diuruskan dengan baik bagi...
IBU DAN BAYI 21 HARI TERPAKSA BERPANTANG DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Seorang wanita terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum...
LELAKI DIREMAN TIGA HARI BANTU SIASATAN KES PENEMUAN PELURU
GEORGE TOWN 6 Mac - Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih...
BANJIR MELAKA: 225 MANGSA DIPINDAHKAN, 4 PPS KINI DIBUKA
AYER KEROH 6 Mac - Situasi banjir di Melaka semakin buruk apabila seramai 225 mangsa daripada 65 buah keluarga terpaksa...
MELAKA BAKAL TUAN RUMAH GLOBAL ESKOOTR CHAMPIONSHIP 2025
AYER KEROH 6 Mac - Melaka akan menjadi tuan rumah bagi perlumbaan mikromobiliti (skuter elektrik) bersempena Global ESkootr Championship (eSC)...
34 KAWASAN DINAIKI AIR, TIGA PPS DIBUKA DI MELAKA
MELAKA 6 Mac - Hujan lebat sejak 11 malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di dua daerah di Melaka iaitu Melaka...