
Banjir: Mangsa di Melaka meningkat 384 orang setakat 12 tengah hari
MELAKA 1 Jan – Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 384 orang setakat jam 12 tengah hari, berbanding 96 orang pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat ini enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Katanya, kesemua PPS itu membabitkan daerah Alor Gajah.
“Jumlah mangsa tertinggi buat masa ini ialah di PPS SRA JAIM Jelatang dengan 182 mangsa, diikuti PPS SMK Seri Pengkalan 161 mangsa, PPS Balai Raya Gadek 33 mangsa dan PPS Surau Kampung Jeram enam mangsa.
“Dua lagi PPS sedang dalam proses pendaftaran iaitu di SMK Lubok China dan SK Belimbing Dalam,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini lapan kawasan di daerah Alor Gajah terkesan dengan bencana banjir iaitu di Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan dan Kampung Panchor.
Selain itu, ia turut melibatkan Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok Cina dan Kampung Jeram.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
