
Banjir: Mangsa di Melaka berkurang malam ini
MELAKA 18 Dis – Jumlah mangsa banjir di Melaka malam ini terus menurun menjadi 569 orang berbanding lebih 700 orang sebelum ini, kata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.
Pengarah APM Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin berkata, jumlah itu membabitkan 291 mangsa di daerah Alor Gajah, 222 di daerah Melaka Tengah dan 56 di daerah Jasin.
Katanya, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) masih kekal sembilan malam ini melibatkan lima di Alor Gajah, tiga di Melaka Tengah dan satu di Jasin.
Beliau berkata, jumlah mangsa teramai ditempatkan di PPS setakat ini ialah di SK Krubong iaitu seramai 141 mangsa.
Ia diikuti PPS SK Belimbing Dalam (97 mangsa) SMK Lubok China (76 mangsa), SK Durian Tunggal (68 mangsa), Balai Raya Kampung Tanah Merah (61 mangsa), SK Parit Penghulu Benteng (56 mangsa) dan Balai Raya Kg Paya Lebar seramai 44 mangsa.
Menurutnya lagi, setakat ini, terdapat 15 kawasan di Alor Gajah masih terjejas banjir, manakala Melaka Tengah dan Jasin, masing-masing melibatkan lima kawasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...