
Banjir: Mangsa banjir dipindahkan menurun
AYER KEROH 21 Dis – Mangsa banjir di negeri ini mencatatkan penurunan apabila berkurangan kepada 465 orang pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, sehingga jam 8 pagi ini juga sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.
Beliau berkata, PPS yang ditutup adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherana Puteh, SK Telok Berembang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan dan Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Jelatang.
“Berbanding jam 8 malam tadi terdapat 569 mangsa kini angka itu menurun kepada 465 orang dengan membabitkan 111 keluarga.
“Untuk daerah Alor Gajah, jumlah mangsa kini seramai 206 orang; Melaka Tengah, 191 dan Jasin pula 68 mangsa yang masih berada di PPS,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini sembilan PPS masih dibuka dan terdapat mangsa ia berikutan keadaan kediaman mereka masih belum pulih untuk dibenarkan pulang.
Ends
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...