Banjir: Lapan PPS ditutup, mangsa di Melaka semakin berkurangan
AYER KEROH 5 Jan – Seramai 1,117 mangsa banjir di negeri ini masih ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS).
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,256 mangsa sebelum ini.
“Sehingga tengah hari tadi seramai 1,117 mangsa daripada keluarga masih ditempatkan di 15 PPS di seluruh Melaka.
“Daerah Melaka Tengah merekodkan mangsa paling ramai dengan 566 orang diikuti Jasin, seramai 367 dan Alor Gajah, 184,” katanya.
Menurut beliau, sebanyak lapan PPS juga sudah ditutup selepas mangsa yang ditempatkan di sana dibenarkan pulang ke kediaman mereka.
“Sebanyak 37 kawasan membabitkan masing-masing 14 di Alor Gajah dan Jasin serta sembilan di Melaka Tengah dilaporkan terjejas,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAIM CAKNA PENDIDIKAN ANAK ASNAF
AYER KEROH 17 Disember - Umat Islam di negeri ini diminta supaya ambil tahu dan cakna mengenai anak asnaf dalam...
SENI KEPIMPINAN BERI NILAI TAMBAH KECEMERLANGAN MAHASISWA
LENDU 16 Disember - Aspek kepimpinan dilihat amat penting bagi membantu meningkatkan kecemerlangan mahasiswa dalam memberi nilai tambah 'soft skill'....
POLIS BURU LELAKI INDONESIA DISYAKI TERLIBAT KES BUNUH RAKAN SENEGARA
MUKAH 16 Disember - Polis memburu seorang lelaki Indonesia yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian rakan senegaranya...
MELAKA JEMPUT UITM SERTAI SUKARELAWAN WTD 2025
LENDU 16 Disember - Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjemput Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka untuk menjadi...
GEMPA BUMI LEMAH LANDA RANAU
KOTA KINABALU 16 Disember - Gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, pada 2.56 petang...
PERSARAAN, PERMULAAN FASA HIDUP BAHARU BEKAS PENJAWAT AWAM
BANDA HILIR 16 Disember - Persaraan adalah satu permulaan kepada fasa kehidupan baharu yang penuh cabaran, kata Ketua Menteri Datuk...