Banjir: KM arah bantuan mangsa disalurkan segera

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

MASJID TANAH 19 Nov – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengarahkan agensi berkaitan menyalurkan bantuan kepada mangsa terjejas banjir dengan segera.

Menerusi catatan Facebook rasminya, beliau mewakili kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita mengenai tragedi.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad supaya menyelaras bersama agensi kerajaan berkaitan supaya menyalurkan bantuan kepada mangsa terjejas banjir secepat mungkin.

“Saya juga terus berhubung rapat dengan Yang Berbahagia Dato’ Ts. Kamel Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, sejak semalam supaya menyelaras bersama agensi kerajaan yang berkaitan bagi menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir yang terkesan di Negeri Melaka,” katanya.

SULAIMAN (dua dari kiri) mengarahkan kerja penyelenggaraan di Masjid Al-Wakil, Lubok China dilakukan segera

Mengulas lanjut, beliau berkata banjir yang melanda kawasan Lubok China dan beberapa kawasan di negeri ini antara yang paling buruk dalam sejarah banjir dalam negeri Melaka.

“Pagi ini saya meninjau sendiri keadaan di perkarangan Masjid Al-Wakil di Pekan Lubok Cina yang terbabit dalam kejadian banjir, awal pagi semalam.

“Saya dimaklumkan banjir yang melanda masjid itu sedalam lebih satu meter, selain kejadian bencana alam di Lubok Cina dan beberapa lagi kawasan di Melaka antara yang terburuk,” katanya.

“Saya minta supaya kerja-kerja penyelenggaraan di masjid itu dilakukan segera mengikut keutamaan seperti penggantian karpet dan alat siar raya (PA System), selain kerja-kerja pembersihan,” katanya.

SULAIMAN (tengah) membuat tinjauan kerja-kerja penyelenggaraan di Masjid Al-Wakil, Lubok China

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

781
Kongsi :
Previous post ADUN Merlimau, Dr Akmal mahu hadiah pakej umrah
Next post Lebih 20 tahun berdepan banjir, PPS jadi rumah kedua Mek Yam
Ubah saiz-+=