
Banjir kilat landa beberapa kawasan di Melaka
BANDAR MELAKA 18 September – Hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat.
Difahamkan, kesemua daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah terjejas apabila air mula naik sekitar jam 6 pagi tadi.
Di Melaka Tengah, antara kawasan yang terjejas ialah Duyong (Bukit Duyong, Permatang Duyong, Semabok, Solok Bukit Baru Duyong, Desa Duyong, Bukit Godek, Taman Sri Duyong 2), Pengkalan Batu (Pengkalan Rama Pantai) dan Bukit Katil (Bukit Bayan).
Di Jasin pula, banjir dilaporkan berlaku Merlimau iaitu membabitkan kawasan Kampung Kilang Berapi Utara, Kampung Merlimau Pasir, Kampung Merlimau Barat, Taman Seri Merlimau dan Taman Merlimau Megah.
Manakala daerah Alor Gajah membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal iaitu di Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai.
Bagaimanapun menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka, tiada lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.
Difahamkan, air juga mulai surut di beberapa kawasan terjejas dengan kerja-kerja pembersihan mula dilakukan pada ketika ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...